BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

11/07/12

MODUL BMM3105

Modul BMM3105
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer.
Hasil Pembelajaran
1. Menggunakan internet, laman web, pembelajaran secara dalam talian dan luar talian; model
perpautan dalam penyusunan bahan, dan perpautan antara bahan.
2. Memilih bahan internet untuk pengajaran dan pembelajaran.
3. Membina tapak pembelajaran yang mudah.
4. Mengedit bahan pengajaran secara dalam talian.
5. Menggunakan bahan bahasa Melayu dalam internet, alat pengarangan, animasi dalam
persembahan, dan cakera padat pembelajaran dalam p&p bahasa Melayu.
6. Mengadakan simulasi pengajaran Bahasa Melayu secara sidang video.
Sinopsis:
Kursus ini menjelaskan penggunaan internet, pemilihan bahan internet, laman web, dan papak
pembelajaran, perpautan dalam penyusunan bahan, perpautan antara bahan, pengeditan
bahan pengajaran secara  dalam talian; penggunaan bahasa Melayu dalam bahan  internet,
simulasi pengajaran bahasa Melayu secara sidang video, penggunaan alat pengarangan,
animasi dalam persembahan bahan; dan penggunaan CD pembelajaran dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu.
Tajuk kursus:
Tajuk Kandungan Jam Catatan
1 Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu
 Menggunakan web, video, audio, dan imej
 Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.
 Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.  
2   Menggunakan Internet, Enjin Pencari Bahan dalam  Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
 Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks.
 Mengumpul bahan daripada internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa.
Amali
3 Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet
 Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan internet
 Memindahkan garis panduan dan etika
Modul2
Tajuk Kandungan Jam Catatan penggunaan internet dalam bentuk brosur dan PowerPoint
4 Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
 Memilih bahan sastera
 Memilih bahan tatabahasa
 Memilih bahan bidang ilmu lain
5  Membina dan Menggunakan Tapak, Laman Web Pembelajaran dan Pakej Tutorial Pembelajaran
     dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
 Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi  pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
 Prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi  pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
 Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web bahasa Melayu
 Membina dan menggunakan pakej Tutorial Pembelajaran.
Modul dan Amali
6  Membina dan Mengaplikasikan Struktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan Pengajaran dan
    Pembelajaran Bahasa Melayu
 Struktur Hierarki dan Struktur Komposit
 Struktur Linear
 Struktur Rangkaian
Modul
7   Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat  dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
      Melayu
 Bengkel model pembinaan pemprosesan maklumat
 Mengaplikasi model pemprosesan maklumat dalam simulasi pengajaran dengan menggunakan    tapak pembelajaran.
 Membina bahan.
Amali
8 Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian dan Luar Talian
 Melaksanakan simulasi pengajaran dalam talian.
 Melaksana simulasi pengajaran dalam talian dan luar talian dengan menggunakan laman web dan
tapak pembelajaran
Amali
9   Mengedit Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian Menjadi Brosur, News Letter,  
     dan Kad Pengumuman
 Prosedur pengeditan
 Prinsip pengeditan
 Modul3
Tajuk Kandungan Jam Catatan
 Melaksanakan pengeditan
 Aplikasi ke dalam pengajaran kemahiran bahasa.10 Membina Bahan Video dan Audio Untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
 Menentukan peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa
 Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan audio
 Membina bahan video dan audio
 Menggunakan persian audio untuk pengajaran kemahiran mendengar bertutur dan membaca.
6 Modul dan \Amali
11 Pengajaran Bahasa Melayu Secara Sidang Video
 Konferensi secara dalam talian
 Mengadakan sidang video untuk mengajarkankemahiran mendengar bertutur, membaca, dan
menulis.



6 Amali
12 Menggunakan Alat Pengarangan dalam Pengajaran Bahasa Melayu
 Menggunakan alat pengarangan dalam mencapai kemahiran bahasa sukatan pelajaran Bahasa
Melayu sekolah rendah
 Aplikasi penyuntingan bahan Bahasa Melayu
dengan menggunakan alat pengarangan
6 Modul
13 Mereka Cipta Animasi dalam Persembahan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu
 Menggunakan animasi perkataan dan objek PowerPoint
 Mencari, mengumpul, menyesuaikan dan menggunakan animasi daripada Internet
 Memanipulasi animasi dalam persembahan
6 Amali
14 Bengkel Cakera Padat Pembelajaran dalam Pengajaran Bahasa Melayu
 Meneroka dan mengklasifikasikan cakera padat
 Memilih cakera padat pembelajaran bahasa Melayu
 Menggunakan cakera padat dalam aktiviti pengajaran
6 Amali
15 Seminar dan Pameran TMK Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dekad Kini dan Mendatang
 Mengadakan seminar
 Mengadakan pameran
Amali  JUMLAH 90
Untuk penjelasan lanjut, sila hubungi: 4 Lokman Abd Wahid IPG Kampus Bahasa Melayu
Lembah Pantai, 59990 Kuala Lumpur
lokmanibmm@yahoo.co.uk
Maklumat yang berkaitan terdapat di laman pembelajaran yang berikut:
http://bme3103.tripod.com
http://bmm3105.tripod.com
http://bmm3105.bravehost.com/index
http://media14minggu.tripod.com
Arahan umum kepada pelajar.
1. Sila buka folder utama dan namakan folder utama itu sebagai BMM3105 <nama, ipg>
2. Di dalam folder utama itu, buka 15 folder dan namakan setiap folder dengan tajuk 1, tajuk 2,
sehinggalah ke tajuk 15.
3. Simpan kerja setiap tajuk ke dalam folder yang telah dibuka.
4. Pensyarah akan memeriksa semua kerja pelajar yang telah disimpan ke dalam folder 3 kali
satu semester.
5. Pada penghujung semester, pelajar akan memindahkan  semua kerja mereka ke dalam folder dan menyimpan kekal sebelum diserahkan kepada pensyarah.5
Tajuk 1 Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu
1.1 Menggunakan web, video, audio, dan imej
1.2 Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran
bahasa Melayu.
1.3 Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.
1.1 Menggunakan laman web, bahan video, audio, dan imej
1.1.1 Menggunakan laman web.
Terdapat beberapa pembekal maklumat yang terdapat di internet seperti Yahoo, Google, MSN
dan lain-lain.  Yang selalu digunakan ialah Yahoo dan Google. Kesemua pembekal maklumat
internet memberikan perkhidmatan yang hampir sama iaitu bahan yang berelemenkan audio,
video, teks, dan grafik. Untuk melayari internet dengan menggunakan pelayar tertentu, pengguna perlu menaipkan alamat internet.  Selalunya, apabila pengguna mengklik ikon internet, maka pengguna akan dibawa terus ke halaman yang telah disetkan secara semula jadi. Contoh alamat pembekal maklumat internet:
www.yahoo.com
www.yahoo.co.uk
www.yahoo.com.my
www.google.com
Untuk mendapatkan bahan, taipkan nama bahan yang berkenaan di dalam kotak pencari dan
kemudian klik pada Web search.  Untuk mendapatkan bahan video, klik pada perkataan video
dan kemudian klik di dalam kotak pencari bahan yang hendak diperolehi daripada internet. 
Bahan video boleh juga didapati daripada Youtube dengan menaipkan www.youtube.com Lihat
contoh di bawah.Taipkan video yang hendak digunakan di dalam kotak pencari.  Setelah mendapatkan video yang diperlukan,  anda perlu memuat turun video tersebut dengan menggunakan youtube downloader.  Youtube down loader ini boleh dimuat turun secara percuma daripada internet.  Setelah dimuat turun, gunakan youtube downloader ini untuk memuat turun bahan yang diperlukan
 Kesemua bahan yang dimuat turun daripada internet, hendaklah disaring terlebih dahulu
sebelum digunakan di dalam pengajaran Bahasa Melayu di bilik darjah.  Guru perlu mengambil
kira faktor agama, kepercayaan, adat resam, dan sensitiviti kaum sebelum menggunaan bahan
yang diperoleh daripada internet. Gunakan kotak pencari Yahoo! untuk mendapatkan bahan bunyi, teks, dan grafik.   Simpan  semua bahan berkenaan di dalam folder tajuk 1.  Di dalam folder tajuk 1, buat folder audio, video, grafik, dan teks dan masukkan bahan yang berkenaan ke dalam folder yang berkaitan.
1.2 Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran
bahasa Melayu.Untuk mendapatkan bahan daripada internet, anda harus menaipkan perkara yanghendak diperolehi ke dalam kotak pencari.  Sila lihat contoh di bawah. Setelah menaipkan perkara yang hendak diperolehi, sila klik Web search dan anda akan diberikan pilihan seperti yang berikut.
Anda akan diberikan pilihan yang di dalamnya mengandungi perkataan “resepi” + “masakan”. 
Ini menjadikan pilihan anda menjadi terlalu banyak. Anda boleh mengurangkan pilihan anda dengan menggunakan tanda “  “ seperti “resepi masakan”.  Dengan berbuat begini, anda akan mengurangkan penyenaraian anda.  Setelah anda menemui apa yang diperlukan, anda perlu menyesuaikan isi kandungan yang berkenaan dengan hasil pembelajaran yang hendak dikuasai dalam sesuatu pengajaran.  Pastikan anda sentiasa merujuk kepada sukatan pelajaran Bahasa Melayu untuk memastikan anda tidak terpesong daripada hasil pembelajaran yang telah dirancangkan melalui Rancangan Tahunan dan Rancangan Pengajaran Seminggu.
Sila gunakan perkataan dan frasa yang tepat untuk mendapatkan bahan seperti yang anda
perlukan.



1.3  Menyimpan bahan dalam bentuk Alamat Internet dan Katalog Internet.
Bahan yang diperolehi daripada internet boleh disimpan dalam bentuk Alamat Internet dan
katalog Internet.  Sila lihat prosedur di bawah.
1.3.1  Alamat Internet
Untuk menympan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu mendapatkan
halaman yang berkenaan terlebih dahulu.  Lihat gambar rajah yang berikutnya.
Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian alamat tapak. 
Setelah diklik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila klik copy. Buka  fail Word dan klik paste  alamat tersebut  ke atas fail yang berkenaan.  Apabila ini  dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke dalam fail Word.  Setelah itu, masukkan tajuk laman tadi.  Sila buat berulang-ulang kali sehingga anda mahir melakukannya.  Sebagai contoh, yang berikut diberikan beberapa contoh alamat internet yang telah diberikan.
Alamat Internet.  Wajik
Malaysia&sec=Rencana&pg=r e_ 02.htm
Jangan Biar Penjenayah Gugat Hak Anak Kita
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ren
cana&pg=re_03.htmTangani Kemelut Kejiranan di Kawasan Bandar
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ren
cana&pg=re_06.htm Modus Operandi Terciptanya Bangsa Melayu
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp ?y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ren
cana&pg=re_08.htmMemperkasa Pantun Melayu
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp ?y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ren
cana&pg=re_09.htmBergaya Dengan Teknologi Nano
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp ?y=2008&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Meg
abait&pg=me_01.htmPenglihatan Dan Keselamatan Jalan Raya
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp ?y=2008&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesi
hatan&pg=kn_04.htmPantun Melayu
1.3.2 Katalog Alamat Internet.
Katalog alamat internet mempunyai perbezaan daripada alamat internet kerana katalog alamat
internet, mempunyai tajuk, alamat laman, dan sinopsis.  Dengan menggunakan katalog alamat
internet, anda dapat mengetahui isi kandungan laman berkenaan daripada sinopsis yang
disertakan. Sila sediakan kotak seperti yang di bawah ini:
Tajuk
URL
Sinopsis
Untuk mendapatkan alamat laman, sila ikut prosedur yang telah dinyatakan di atas dan
pindahkan ke dalam kotak seperti yang ditunjukkan di dalam contoh di bawah.   Masukkkan
tajuk, alamat laman, dan sinopsis.  Sila lihat contoh yang berikutnya. Katalog Alamat Internet
Tajuk Peribahasa Melayu
pulan_abjad=a Sinopsis Laman sesawang yang di keluarkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka ini mengenai peribahasa Melayu yang di gunakan dalam sukatan pelajaran bagi sekolah menengah di
Malaysia. Laman sesawang ini menyenaraikan semua peribahasa.Tajuk Seni Tenun Melayu
URL http://culture.melayuonline.com/? a=c3VUL29QTS9VenVwRnRCb20%3D=
Sinopsis Laman sesawang mengenai seni tenun Melayu yang terdapat di nusantara. Tajuk Tatabahasa : Kata Nama
Sinopsis Laman sesawang mengenai  kata nama dan menunjukkan jenis kata nama dan contoh
penggunaan kata nama.Tajuk Tatabahasa : Penjodoh Bilangan
Sinopsis Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah
atau bilangan. Kadangkala kata bilangan disertai penjodoh bilangan seperti batang, buah,
ekor, orang, dan sebagainya.
 Tajuk Pakaian Tradisional
Sinopsis Gambar mengenai pakaian tradisional di Malaysia
Tajuk Sukatan Pelajaran & Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Sinopsis Laman sesawang yang memuatkan segala maklumat mengenai Pusat Perkembangan
Kurikulum. Laman ini juga ada menyediakan kemudahan memuat turun sukatan  pelajaran
dan huraian sukatan pelajaran bagi semua matapelajaran. Tajuk Pusat Perkembangan Kurikulum
URL http://www.ppk.kpm.my/  Sinopsis Laman ini memuatkan pelbagai maklumat yang boleh di dapati seperti huraian sukatan pelajaran bagi semua matapelajaran.
Sinopsis Laman sesawang mengenai ayat inti contoh dan penggunaan yang betul.
Tugas pelajar:
1. Dapatkan bahan dalam bentuk elemen audio, video, teks, dan grafik dan simpan dalam
bentuk alamat internet dan katalog internet.
2. Bagi setiap elemen, dapatkan 10 bahan
3. Jangan gunakan bahan yang sama bagi katalog internet.
4. Simpan semua kerja Tajuk 1 ke dalam folder tajuk 1.
Selamat belajar.









Tajuk 3
 Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet
3.1  Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan internet
3.2  Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan internet dalam bentuk brosur dan
PowerPoint
Amali:
 Mengakses maklumat tentang garis panduan dan etika penggunaan Internet.
 Membina brosur dan power point menggunakan publisher
 Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan Internet dalam bentuk brosur dan Power Point
Catatan:
 Secara individu pelajar dapat menghasilkan:
 Brosur dan power point yang memuatkan garis panduan dan etika penggunaan internet.
 Brosur yang dicetak dalam bentuk hardcopy. Klik di sini untuk mendapatkan bahan rujukan:
Arahan kepada pelajar:
1. Pensyarah akan menjelaskan etika penggunaan internet kepada anda.
2. Pensyarah meminta anda memuat turun bahan asal daripada laman web yang disediakan di
atas.
3. Setelah memuat turun bahan yang berkenaan, anda diminta menjadikan bahan yang
berkenaan kepada bentuk persembahan Power Point dengan menggunakan konsep tapak.
4. Anda juga diminta menukarkan bahan etika penggunaan internet kepada bentuk brosur
dengan menggunakan templat yang diambil daripada Microsoft Publisher.
5. Setelah siap, sila simpan bahan yang berkenaan di dalam folder tajuk 3.
6. Sila lihat contoh yang telah disediakan.
7. Sila hayati etika penggunaan internet kerana etika ini perlu dipatuhi.
8. Sebarang penyalahgunaan bahan internet dan perkakasan TMK, ialah tanggungjawab anda
sendiri.
Kepada Pensyarah:
Sila hantarkan emel kepada lokmanibmm@yahoo.co.uk untuk mendapatkan bahan asal, tapak
persembahan power point, dan brosur.
Terima kasih.
Lokman Abd Wahid, IPG Kampus Bahasa Melayu
lokmanibmm@yahoo.co.uk
1
Etika Penggunaan Internet Objektif Kod Etika:
1. Mengetahui masalah moral dan isu etika komputer
2. Memahami prinsip etika komputer
3. Memahami etika profesional Teknologi Maklumat
4. Mengetahui fungsi kod etika  profesional
5. Keperluan etika komputer
ETIKA
 PRINSIP
RUKUN  ETIKA
ISU ETIKA
CIRI PROFESIONALISME
KOD ETIKA
KERANGKA KOD
KOD ETIKA PROFESIONAL
PENUTUP





2
Prinsip
 1. Keseimbangan  Kebaikan yang dibawa oleh teknologi maklumat mestilah lebih baik
daripada risiko dan keburukan.
 2. Keizinan termaklum Mereka yang menerima kesan teknologi maklumat mesti faham
dan menerima risiko yang akan dihadapi. Apabila mereka telah faham maka mereka lebih bersedia menerima sebarang risiko yang timbul.
3
Prinsip
 3.  Keadilan
Manfaat dan keburukan teknologi maklumat mesti diagih secara adil. Mereka yang menerima kebaikan patut menanggung sama risiko dan mereka yang tidak menerima kebaikan tidak patut
menanggung risiko yang lebih. Risiko yang diterima haruslah adil untuk kedua belah pihak.
 4. Meminimumkan risiko
Teknologi maklumat mesti dilaksanakan dengan mengelak risiko yang tidak berkaitan dan diminimumkan agar manfaat yang diterima daripada teknologi maklumat adalah lebih daripada
risikonya.
4
Etika
 Etika komputer umumnya ialah satu bidang tentang penggunaan komputer yang betul (panduan)
 Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu/dilema yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat.
Penggunaan TM + tidak bertanggungjawab = isu etika/natijah
5
Rukun Etika
1. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
2. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
3. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
4. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri
5. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
6  Rukun Etika
6. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah.
7. Tidak menggunakan sumber daripada komputer orang lain tanpa kebenaran.
8. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
9. Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.
7 Isu Etika
1. Tidak nampak kesan dan masalah moral dari aspek sosial pengkomputeran.
2. Pengetahuan dan penggunaan yang kurang mendalam dalam komputer berbanding
dengan mereka yang sememangnya dalam bidang pengkomputeran.
8 Isu Etika
3. Kurang arif tentang undang-undang siber.
4. Orang awam tidak menerima impak yang hebat apabila berlaku isu berkaitan dengan etika komputer.
5. Kurangnya pendedahan dalam pengaruh, kegunaan dan kuasa yang ada pada komputer.
9 Ciri Profesionalisme
1. Harus ada pekhidmatan penting dalam matlamat yang jelas untuk masyarakat dan negara.
2. Menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek semasa menjalankan tugas.
3. Mendapat latihan yang khusus dalam sesuatu  bidang kemahiran ikhtisas pekerjaan itu
dalam jangka masa tertentu.
10 Ciri Profesionalisme
4. Harus ada kuasa autonomi semasa menjalankan tugas kerana anggota dalam sesuatu kumpulan
profesional itu ialah pakar dalam bidang tertentu.
5. Mementingkan mutu perkhidmatan dan dedikasi dengan tidak mementingkan keuntungan wang
(gaji) semasa menjalankan tugas.
6. Mempunyai tatasusila perkhidmatan yang harus dipatuhi oleh setiap anggota dalam kumpulan
profesion itu.

11  Kod Etika
1. Inspirasi dan panduan.
2. Pencegahan dan disiplin.
3. Memelihara maruah profesion.
4. Memelihara keharmonian.
5. Sokongan.
Kerangka Kod Etika
1. Kebersendirian
2. Ketepatan
3. Hak milik
4. Capaian
13 Kerangka Kod Etika: Kebersendirian
1. Apakah maklumat tentang seseorang yang boleh atau perlu diberitahu atau diketahui oleh orang lain.
2. Apakah jenis pengawasan yang boleh dilakukan oleh majikan ke atas kaki tangan.
3. Apakah perkara yang boleh disimpan secara peribadi yang tidak boleh dipaksakan untuk
dimaklumkan kepada pihak lain.
4. Apakah maklumat tentang individu yang perlu disimpan dalam pangkalan data. Sejauh manakah
selamatnya maklumat tersebut?
14 Kerangka Kod Etika: Ketepatan Maklumat
1. Siapa bertanggungjawab tentang ketulenan, kesetiaan, ketepatan maklumat yang dikumpul.
2. Bagaimana memastikan meklumat diproses dengan sempurna dan dipersembahkan dengan tepat kepada pengguna?
3. Siapa yang dipertanggungjawabkan bagi ralat dalam maklumat, bagaimana pihak yang
terjejas boleh dipampas?



15  Kerangka Kod Etika: Hak Milik
1. Siapa memiliki maklumat
2. Apakah harga yang adil dan berpatutan sebagai pertukaran maklumat.
3. Bagaimana mengendalikan cetak rompak perisian yang dilindungi hak cipta.
4. Bilakah seseorang boleh menggunakan pangkalan data yang mempunyai hak milik.
5. Bolehkah komputer korporat digunakan untuk tujuan peribadi.
6. Bagaimana pakar yang menyumbang ilmu pengetahuan untuk mencipta sistem pakar harus diberi pampasan.
7. Bagaimana akses kepada saluran maklumat diperuntukkan.
16   Kerangka Kod Etika:Capaian
1. Siapa yang dibenarkan mengakses maklumat.
2. Berapa bayaran perlu dikenakan kerana membenarkan capaian maklumat.
3. Bagaimana capaian kepada komputer disediakan kepada kaki tangan yang tidak berupaya.
4. Siapakah yang diberi peralatan yang diperlukan untuk mencapai maklumat.
5. Adakah hak yang dimiliki oleh individu atau organisasi untuk mendapat keistimewaan memperoleh maklumat dan di bawah keadaan apa dan jaminan apa?
17  Kod Etika Profesional
1. Mengelakkan kemusnahan dan kemudaratan kepada sesiapa misalnya menyebarkan virus.
2. Menyumbang kepada masyarakat seperti mereka bentuk produk baru yang memudahkan penggunaan berkomunikasi.
3. Menghormati sesuatu yang dianggap rahsia dan tidak menyebarkannya.
4. Bersikap adil dan tidak menindas.
5. Menghormati hak cipta orang lain.
6. Menghormati hak kebersendirian orang lain.

Sekian.  Terima Kasih



Modul BMM3105 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer.
Hasil Pembelajaran
1. Menggunakan internet, laman web, pembelajaran secara dalam talian dan luar talian;
model perpautan dalam penyusunan bahan, dan perpautan antara bahan.
2. Memilih bahan internet untuk pengajaran dan pembelajaran.
3. Membina tapak pembelajaran yang mudah.
4. Mengedit bahan pengajaran secara dalam talian.
5. Menggunakan bahan bahasa Melayu dalam internet, alat pengarangan, animasi dalam persembahan, dan cakera padat pembelajaran dalam p&p bahasa Melayu.
6. Mengadakan simulasi pengajaran Bahasa Melayu secara sidang video.
Sinopsis:
Kursus ini menjelaskan penggunaan internet, pemilihan bahan internet, laman web, dan papak
pembelajaran, perpautan dalam penyusunan bahan, perpautan antara bahan, pengeditan
bahan pengajaran secara dalam talian; penggunaan bahasa Melayu dalam bahan internet,
simulasi pengajaran bahasa Melayu secara sidang video, penggunaan alat pengarangan,
animasi dalam persembahan bahan; dan penggunaan CD pembelajaran dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu.
Tajuk kursus:
Tajuk Kandungan Jam Catatan
1 Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu
• Menggunakan web, video, audio, dan imej
• Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.
• Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan  katalog internet.
6 Modul
2 Menggunakan Internet, Enjin Pencari Bahan dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
• Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks.
• Mengumpul bahan daripada internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa.
6  Amali
3    Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet
• Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan internet
6  Modul
1  Tajuk Kandungan Jam Catatan
• Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan internet dalam bentuk brosur dan PowerPoint
4     Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan  Pembelajaran Bahasa Melayu
• Memilih bahan sastera
• Memilih bahan tatabahasa
• Memilih bahan bidang ilmu lain
6 Amali
5     Membina dan Menggunakan Tapak, Laman Web  Pembelajaran dan Pakej Tutorial Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
• Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
• Prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi  pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu
• Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web bahasa Melayu
• Membina dan menggunakan pakej Tutorial  Pembelajaran.
6 Modul dan Amali
6 Membina dan Mengaplikasikan Struktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu
• Struktur Hierarki dan Struktur Komposit
• Struktur Linear
• Struktur Rangkaian




6  Modul
7    Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat  dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
• Bengkel model pembinaan pemprosesanmaklumat
• Mengaplikasi model pemprosesan maklumat dalam simulasi pengajaran dengan menggunakan
tapak pembelajaran.
• Membina bahan.
6 Amali
8   Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian dan Luar Talian
• Melaksanakan simulasi pengajaran dalam talian.
• Melaksana simulasi pengajaran dalam talian dan luar talian dengan menggunakan laman web dan
tapak pembelajaran
6 Amali
9   Mengedit Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Secara  Dalam Talian Menjadi Brosur, News Letter, dan Kad Pengumuman
• Prosedur pengeditan
6  Modul
2   Tajuk Kandungan Jam Catatan
• Prinsip pengeditan
• Melaksanakan pengeditan
• Aplikasi ke dalam pengajaran kemahiran bahasa.
10   Membina Bahan Video dan Audio Untuk Pengajaran  Kemahiran Bahasa Melayu
 Menentukan peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa
 Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan audio
 Membina bahan video dan audio
 Menggunakan persian audio untuk pengajaran kemahiran mendengar bertutur dan membaca.


6  Modul dan Amali
11 Pengajaran Bahasa Melayu Secara Sidang Video
• Konferensi secara dalam talian
• Mengadakan sidang video untuk mengajarkan kemahiran mendengar bertutur, membaca, dan
menulis.
6 Amali
12   Menggunakan Alat Pengarangan dalam Pengajaran Bahasa Melayu
• Menggunakan alat pengarangan dalam mencapai kemahiran bahasa sukatan pelajaran Bahasa
Melayu sekolah rendah
• Aplikasi penyuntingan bahan Bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan
6 Modul
13  Mereka Cipta Animasi dalam Persembahan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu
• Menggunakan animasi perkataan dan objek PowerPoint
• Mencari, mengumpul, menyesuaikan dan menggunakan animasi daripada Internet
• Memanipulasi animasi dalam persembahan
6 Amali
14 Bengkel Cakera Padat Pembelajaran dalam
Pengajaran Bahasa Melayu
• Meneroka dan mengklasifikasikan cakera padat
• Memilih cakera padat pembelajaran bahasa Melayu
• Menggunakan cakera padat dalam aktiviti pengajaran
6 Amali
15  Seminar dan Pameran TMK Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dekad Kini dan Mendatang
• Mengadakan seminar
• Mengadakan pameran


6  Amali
3  Tajuk Kandungan Jam Catatan
JUMLAH
90
Maklumat yang berkaitan terdapat di laman pembelajaran yang berikut:
Arahan umum kepada pelajar.
1. Sila buka folder utama dan namakan folder utama itu sebagai BMM3105 <nama, ipg>
2. Di dalam folder utama itu, buka 15 folder dan namakan setiap folder dengan tajuk 1,
tajuk 2, sehinggalah ke tajuk 15.
3. Simpan kerja setiap tajuk ke dalam folder yang telah dibuka.
4. Pensyarah akan memeriksa semua kerja pelajar yang telah disimpan ke dalam folder 3
kali satu semester.
5. Pada penghujung semester, pelajar akan memindahkan semua kerja mereka ke dalam
folder dan menyimpan kekal sebelum diserahkan kepada pensyarah.
4  Tajuk
 1 Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu
1. Menggunakan web, video, audio, dan imej
2. Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran  bahasa Melayu.
3.  Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.




1.1 Menggunakan laman web, bahan video, audio, dan imej
1.1.1 Menggunakan laman web.
Terdapat beberapa pembekal maklumat yang terdapat di internet seperti Yahoo, Google, MSN
dan lain-lain.  Yang selalu digunakan ialah Yahoo dan Google. Kesemua pembekal maklumat
internet memberikan perkhidmatan yang hampir sama iaitu bahan yang berelemenkan audio,
video, teks, dan grafik.
Untuk melayari internet dengan menggunakan pelayar tertentu, pengguna perlu menaipkan
alamat internet.  Selalunya, apabila pengguna mengklik ikon internet, maka pengguna akan
dibawa terus ke halaman yang telah disetkan secara semula jadi.
Contoh alamat pembekal maklumat internet:
Untuk mendapatkan bahan, taipkan nama bahan yang berkenaan di dalam kotak pencari dan
kemudian klik pada Web search.  Untuk mendapatkan bahan video, klik pada perkataan video
dan kemudian klik di dalam kotak pencari bahan yang hendak diperolehi daripada internet.
Bahan video boleh juga didapati daripada Youtube dengan menaipkan www.youtube.com Lihat
contoh di bawah.
Taipkan video yang hendak digunakan di dalam kotak pencari.  Setelah mendapatkan video
yang diperlukan, anda perlu memuat turun video tersebut dengan menggunakan youtube
downloader.  Youtube down loader ini boleh dimuat turun secara percuma daripada internet.
5Setelah dimuat turun, gunakan youtube downloader ini untuk memuat turun bahan yang
diperlukan
Kesemua bahan yang dimuat turun daripada internet, hendaklah disaring terlebih dahulu
sebelum digunakan di dalam pengajaran Bahasa Melayu di bilik darjah.  Guru perlu mengambil
kira faktor agama, kepercayaan, adat resam, dan sensitiviti kaum sebelum menggunaan bahan
yang diperoleh daripada internet. Gunakan kotak pencari Yahoo! untuk mendapatkan bahan bunyi, teks, dan grafik.  Simpan  semua bahan berkenaan di dalam folder tajuk 1.  Di dalam folder tajuk 1, buat folder audio, video, grafik, dan teks dan masukkan bahan yang berkenaan ke dalam folder yang berkaitan.
2. Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran  bahasa Melayu. Untuk mendapatkan bahan daripada internet, anda harus menaipkan perkara yang hendak
diperolehi ke dalam kotak pencari.  Sila lihat contoh di bawah. Setelah menaipkan perkara yang hendak diperolehi, sila klik Web search dan anda akan diberikan pilihan seperti yang berikut.
Anda akan diberikan pilihan yang di dalamnya mengandungi perkataan “resepi” + “masakan”.
Ini menjadikan pilihan anda menjadi terlalu banyak. Anda boleh mengurangkan pilihan anda dengan menggunakan tanda “  “ seperti “resepi masakan”.  Dengan berbuat begini, anda akan mengurangkan penyenaraian anda.  Setelah anda menemui apa yang diperlukan, anda perlu menyesuaikan isi kandungan yang berkenaan dengan hasil pembelajaran yang hendak dikuasai dalam sesuatu pengajaran. Pastikan anda sentiasa merujuk kepada sukatan pelajaran Bahasa Melayu untuk memastikan anda tidak terpesong daripada hasil pembelajaran yang telah dirancangkan melalui Rancangan Tahunan dan Rancangan Pengajaran Seminggu.
6 Sila gunakan perkataan dan frasa yang tepat untuk mendapatkan bahan seperti yang anda perlukan.
1.3 Menyimpan bahan dalam bentuk Alamat Internet dan Katalog Internet.  Bahan yang diperolehi daripada internet boleh disimpan dalam bentuk Alamat Internet dan
katalog Internet.  Sila lihat prosedur di bawah.
1.3.1 Alamat Internet
Untuk menympan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu mendapatkan
halaman yang berkenaan terlebih dahulu.  Lihat gambar rajah yang berikutnya.
Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian alamat tapak.
Setelah diklik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila klik copy.
Buka fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan.  Apabila ini
dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke dalam fail Word. 
Setelah itu, masukkan tajuk laman tadi.  Sila buat berulang-ulang kali sehingga anda mahir
melakukannya.  Sebagai contoh, yang berikut diberikan beberapa contoh alamat internet yang
telah diberikan.


Katalog alamat internet mempunyai perbezaan daripada alamat internet kerana katalog alamat
internet, mempunyai tajuk, alamat laman, dan sinopsis.  Dengan menggunakan katalog alamat
internet, anda dapat mengetahui isi kandungan laman berkenaan daripada sinopsis yang
disertakan. Sila sediakan kotak seperti yang di bawah ini:
Tajuk
URL
Sinopsis
Untuk mendapatkan alamat laman, sila ikut prosedur yang telah dinyatakan di atas dan
pindahkan ke dalam kotak seperti yang ditunjukkan di dalam contoh di bawah.  Masukkkan
tajuk, alamat laman, dan sinopsis.  Sila lihat contoh yang berikutnya. Katalog Alamat Internet
Tajuk Peribahasa Melayu
URL http://www.karyanet.com.my/bahasa/peribahasa_sm/simp.php?
pageNum_simpulan=2&simpulan_abjad=a
Sinopsis Laman sesawang yang di keluarkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka ini mengenai
peribahasa Melayu yang di gunakan dalam sukatan pelajaran bagi sekolah menengah di
Malaysia. Laman sesawang ini menyenaraikan semua peribahasa.
Tajuk Seni Tenun Melayu
URL http://culture.melayuonline.com/?a=c3VUL29QTS9VenVwRnRCb20%3D=
Sinopsis Laman sesawang mengenai seni tenun Melayu yang terdapat di nusantara.
Tajuk Tatabahasa : Kata Nama
URL http://tatabahasabm.tripod.com/tata/knama.htm
Sinopsis Laman sesawang mengenai  kata nama dan menunjukkan jenis kata nama dan contoh
9penggunaan kata nama.
Tajuk Tatabahasa : Penjodoh Bilangan
URL http://tatabahasabm.tripod.com/tata/pjodoh.htm
Sinopsis Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah
atau bilangan. Kadangkala kata bilangan disertai penjodoh bilangan seperti batang, buah,
ekor, orang, dan sebagainya.
Tajuk Pakaian Tradisional
URL http://www.alambina.net/images/sintang_traditional.jpg
Sinopsis Gambar mengenai pakaian tradisional di Malaysia
Tajuk Sukatan Pelajaran & Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
URL http://myschoolnet.ppk.kpm.my/sp_hsp/sp_hsp.htm
Sinopsis Laman sesawang yang memuatkan segala maklumat mengenai Pusat Perkembangan
Kurikulum. Laman ini juga ada menyediakan kemudahan memuat turun sukatan  pelajaran
dan huraian sukatan pelajaran bagi semua matapelajaran.
Tajuk Pusat Perkembangan Kurikulum
URL http://www.ppk.kpm.my/
Sinopsis Laman ini memuatkan pelbagai maklumat yang boleh di dapati seperti huraian sukatan
pelajaran bagi semua matapelajaran.
Tajuk Ayat Inti
URL http://tatabahasabm.tripod.com/tata/ainti.htm
Sinopsis Laman sesawang mengenai ayat inti contoh dan penggunaan yang betul.
Tugas pelajar:
1. Dapatkan bahan dalam bentuk elemen audio, video, teks, dan grafik dan simpan dalam
bentuk alamat internet dan katalog internet.
2. Bagi setiap elemen, dapatkan 10 bahan
3. Jangan gunakan bahan yang sama bagi katalog internet.
4. Simpan semua kerja Tajuk 1 ke dalam folder tajuk 1.
Selamat belajar.




BMM3105 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN NAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER
TAJUK; 
1.        Penggunaan Enjin Pencarian Bahan Bahasa Melayu

Ø  Menggunakan web, video, audio, dan imej
Ø  Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa melayu.
Ø  Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog.
2.       Penggunaan Internet, Enjin Pencarian Bahan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Ø  Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks.
Ø  Mengumpul bahan daripada Internet ke daloam folder berdasarkan kemahiran bahasa.
3.       Aplikasi Garis Panduan Dan Etika Penggunaan Internet
Ø  Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan Internet.
Ø  Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan Internet dalam bentuk brosur dan power point.
Ø  Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan Internet.
4.       Pemilihan Bahan Internet Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Ø  Memilih bahan sastera
Ø  Memilih bahan tatabahasa
Ø  Memilih bahan bidang ilmu lain
5.       Membina Dan Menggunakan Tapak Dan Laman Web Pembelajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Ø  Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu.
Ø  Prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu.
Ø  Membina dan menggunakan tapak pembelajaran laman web bahasa melayu.
6.       Mengaplikasikan Struktur Perpautan Dalam Penyusunan Bahan p & p Bahasa Melayu
Ø  Struktur Hierarki dan struktur komposit
Ø  Struktur Linear
Ø  Struktur Rangkaian
7.       Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat Dalam P & p Bahasa Melayu
Ø  Bengkel model pembinaan pemprosesan maklumat
Ø  Mengaplikasikan model pemprosesan maklumat dalam simulasi pengajaran dengan menggunakan tapak pembelajaran.
8.       Pengajaran Bahasa Melayu Dalam Talian Dan Luar Talian
Ø  Melaksanakan simulasi pengajaran dalam talian.
Ø  Melaksanakan simulasi pengajaran dlm talian dan luar talian dgn menggunakan laman web dan tapak pembelajaran.

9.       Pengajaran BM Dalam Talian
Ø  Prosedur pengeditan
Ø  Prinsip pengeditan
Ø  Melaksanakan pengeditan
10.    Pengajaran Dan Pembelajaran Secara Bilik Darjah Maya
Ø  Membentangkan hasil kerja antara institute
Ø  Melaksanakan interaksi antara pelbagai institute
11.   Pengajaran BM Secara Sidang Video
Ø  Konferensi secara dalam talian
Ø  Mengadakan siding video untuk mengajarkan kemahiran mendengar bertutur
Ø  Merakamkan perbualan
12.   Menggunakan Alat Pengarangan Dalam Pengajaran BM
Ø  Menggunakan alat pengarangan dalam mencapai kemahiran bahasa sukatan pelajaran BM sekolah rendah.
Ø  Aplikasi penyuntingan bahan BM dengan menggunakan alat pengarangan.


13.    Mereka Cipta Animasi Dalam persembahan Pengajaran BM
Ø  Menggunakan animasi perkataan dan objek Power Point
Ø  Mencari, mengumpul, menyesuaikan dan menggunakan animasi drpd Internet
Ø  Memanipulasi animasi dalam persembahan.
14.   Bengkel Cekera Padat Pembelajaran Dalam Pengajaran Bahasa Melayu
Ø  Meneroka dan mengklasifikasikan cakera padat
Ø  Memilih cakera padat pembelajaran bahasa melayu
Ø  Menggunakan cakera padat dalam aktiviti pengajaran
15.   Seminar Dan Pameran TMK Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dekad Kini dan Mendatang
Ø  Mengadakan seminar
Ø  Mengadakan pameran






Tajuk 15 : Seminar dan Pameran TMK Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dekad Kini dan Mendatang
SEMINAR
·                     Merupakan sebuah bentuk pengajaran akademik, baik di sebuah universiti mahupun diberikan oleh suatu organisasi komersial atau profesional.
·                     Perkataan seminar berasal dari kata Latin ‘seminarum’, yang bermaksud "tanah tempat menanam benih".
·                     Sebuah seminar biasanya mempunyai fokus pada suatu topik yang khusus, di mana mereka yang hadir boleh menyertai secara aktif.
·                     Seminar seringkali dilaksanakan melalui sebuah dialog dengan seorang moderator seminar, atau melalui sebuah persembahan hasil kajian dalam bentuk yang lebih formal.
·                     Biasanya, para peserta bukanlah seorang pemula dalam topik yang dibincangkan (di universiti, kelas-kelas seminar biasanya disediakan untuk pelajar yang telah mencapai tingkatan atas).
·                     Sistem seminar mempunyai idea untuk lebih mendekatkan pelajar kepada topik yang dibicarakan. Di beberapa seminar dilakukan juga soalan dan debat. Seminar memiliki sifat lebih formal berbanding sistem kuliah di kelas dalam sebuah pengajaran akademik.

PAMERAN
·                     Pengertian Pameran
·                                             Pengertian pameran adalah suatu kegiatan penyajian karya seni rupa untuk dikomunikasikan sehingga dapat diapresiasi oleh masyarakat luas.
·                     Jenis-jenis Pameran:
·                                             Pameran Tetap (Permanent Exhibition)
·                                             Pameran Sementara (Temporary Exhibition)
·                                             Pameran Keliling (Traveling Exhibition
·                     Salah satu cara untuk menggalakkan penerbitan hasil penulisan para pelajar dan memberi peluang kepada pelajar lain untuk membaca bahan tersebut.
·                     Pelajar dilatih supaya dapat mencapai kualiti penulisan yang diiktiraf oleh guru dan pelajar lain bagi menerbitkan bacaan umum.
·                     Guru perlu mengadakan sesi pameran ini bagi setiap bahan bermutu yang ingin dikemukakan kepada pihak penerbit.

Pengenalan
Melalui seminar dan pameran ini, Bahasa Melayu berbantukan komputer dapat diperkenalkan kepada orang ramai khusunya msyarakat luar.


Mengadakan seminar
Menurut Drs. Nasrul Effendy dalam Dasar-dasar keperawatan kesehatan masyarakat (1997) seminar boleh didefinasikan sebagai satu cara dimana sekelompok orang berkumpul untuk membahas suatu masalah dibawah bimbingan seorang ahli yang menguasai bidangnya.

Ciri-ciri seminar bahasa Melayu berbantukan komputer
i. Memberi kesempatan diskusi berkaitan Bahasa Melayu berbantukan komputer antara peserta dan panel
ii. Menggalakkan peserta mengambil bahagaian secara aktif dalam seminar

Kelebihan
i. Berguna kepada peserta yang terlibat
ii. Peserta dapat mempelajari topik secara mendalam
iii. Menyediakan bahan dan keteranagn yang baru

Kekurangan
i. Sukar untuk mendapatkan panel seminar yang berkualiti
ii. Memerlukan jawatankuasa yang besar dalam melaksanakannya
iii. Sering dijalankan untuk seminar pendidikan
 
Mengadakan Pameran
Menurut Muhd Abi Sofian dlam bukunya mengurus gerai pameran (2005), pameran boleh didefinasikan sebagai salah satu saluran komunikasi sosial yang menghubungkan antara penyampai dalam pameran dengan masyarakat yang mempunyai tujuan dan matlamat tertentu.

Ciri-ciri pemeran Bahasa melayu berbantukan komputer
i. Mempamerkan bahan bahasa Melayu berbantukan komputer
ii. Terdapat kiosk setiap tajuk dalam proforma
iii. Penerangan yang lengkap untuk setiap bidang


DERIA RASA BMM3105
Rasanya agak lama juga saya tidak menjenguk ke ruangan blog ini, lantaran kesibukan di samping komitmen yang bertumpang-tindih di sana-sini. Hanya apabila diberi peluang untuk mengajarkan subjek BMM3105 Pengajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer kepada mahasiswa PGSR, semacam tergerak pula untuk mencuba-cuba membuat penerokaan dan penambahbaikan terhadap blog ini untuk penghasilan yang lebih baik.

Justeru percubaan ini sedapat mungkin cuba mengaplikasikan pelbagai genre dalam pengajaran Bahasa Melayu, sama ada genre yang berfokus terhadap keterampilan berbahasa mahupun komponen Kesusasteraan Melayu yang terdapat dalam pengajaran Bahasa Melayu apatah lagi kedua-dua bidang berkenaan dalam landas yang sama, malah ditafsir sebagai linguistik terapan oleh kebanyakan penyelidik.

Oleh itu, diharapkan bahan-bahan yang dimuat-turun dalam blog ini dapat membantu para guru mengaplikasikan pengajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer dengan baik ke arah pencapaian pelajar yang lebih gemilang pada masa hadapan.





BMM3105_PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER
Tajuk 1:
Tajuk 2
Tajuk 3
Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet
Membina BROSUR danPOWER POINT
Mengakses daripada pelbagai laman sesawang

Tajuk 4
Tajuk 5
Tajuk 6
Membina Folder Bahan
P & P Bahasa Melayu
Membina tapak pembelajaran bagi  pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
- Alamat Internet
Bahan bantu mengajar yang menggunakan
•          struktur hierarki,
•          komposit,
•          linear dan rangkaian

Tajuk 7
Tajuk 8
Tajuk 9
Model pemprosesan maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
Melaksanakan simulasi pengajaran dalam talian dan luar talian menggunakan bahan yang sama
Latihan mengedit maklumat berkaitan bahan pengajaran Bahasa Melayu
Secara dalam talian

Tajuk 10
Tajuk 11
Tajuk 12
Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran antara kumpulan
Mengadakan sidang video untuk mengajarkankemahiran mendengar bertutur
Menyediakan RPH Bahasa Melayu Tahap Idan Tahap 2 yang telah disunting menggunakan alat pengarangan-

Tajuk 13
Tajuk 14
Tajuk 15
Menghasilkan persembahan PPT  bahan  Bahasa Melayu dengan memanipulasikananimasi yang sesuai  berdasarkan RPH
Menggunakan CD Pembelajaran dalam Pengajaran dan pembelajaran
Seminar dan Pameran TMK dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dekad Kini dan Mendatang-










Tajuk 1
Pengenalan

Pengenalan
Di internet, terdapat pelbagai pembekal maklumat yang boleh dijadikan sebagai enjin pencari. Pembekal-pembekal maklumat ini kebanyakannya membekalkan maklumat yang hampir sama iaitu berkaitan dengan teks, video, audio,grafik dan sebagainya.

Cara mendapatkan maklumat
I. Mengenalpasti tajuk.
II. Memilih kata kunci mengenai tajuk atau bahan yang ingin dicari.
III. Memilih enjin pencarian yang tepat.
IV. Menyemak kesesuaian maklumat/ bahan yang dijumpai. (Cuba guna enjin pencari yang berlainan)
V. Mengulangi proses pencarian sekiranya perlu.

Enjin Pencari
I. Google
II. MSN
III. Yahoo


Enjin pencari biasa dilihat pada:
• Internet : Terletak pada kotak pencari pada enjin pencari
• Intranet : Terletak pada pencari dalam laptop mahupun komputer (home)
• Microsoft Word : Terletak pada halaman Word (find)
• Laman Internet : Terletak dalam laman web ataupun blog


Alamat Internet
Bagi melayari internet, pengguna haruslah menaipkan alamat internet pada pembekal maklumat yang digunakan. Selepas mengklik pada ikon internet, pengguna seterusnya akan diberikan senarai laman yang berkaitan atau pengguna akan terus dibawa ke halaman yang telah disetkan secara semula jadi. Antara contoh alamat pembekal adalah seperti:

I. www.google.com
II. www.yahoo.com.my


Pemilihan kata kunci
Kata kunci yang dipilih haruslah sesuai dan bertepatan dengan maklumat yang ingin dicari. Pemilihan kata kunci yang terlalu panjang menjadikan skop pemilihan bahan menjadi terlalu besar.
Sebagai contoh, pemilihan kata kunci nota Bahasa Melayu. Perkataan ini terlalu panjang ; “nota” + “Bahasa” + “Melayu”. Pengurangan pilihan boleh dibuat dengan menggunakan tanda “” sebagai contoh “nota Bahasa Melayu”. Penyenaraian akan dikurangkan dengan cara begini.

Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet
Fail internet terletak dalam folder di dalam laptop. Fail ini akan wujud setelah pengguna memuat turun bahan dari internet.




Aplikasi Garis Panduan & Etika Penggunaan Internet


ETIKA KOMPUTER
ü Etika komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan komputer yang betul (panduan).
ü Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu/dilema yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat
MASALAH MORAL DAN ETIKA
Terdapat beberapa masalah moral dan etika yang sering berlaku iaitu:
·                       Penggertak
·                      Penyalahgunaan internet
·                       Virus
·                       Hak cipta
·                      Perisian cetak Rompak

Penggertak:
·   Cracker ialah golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan utama membuat keuntungan.
·   Cracker tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapi menggunakanperisian yang dibangunkan orang lain untuk tujuankemusnahan
Penyalahgunaan internet
· Konsep ‘langit terbuka’ yang dilaksanakan oleh negara kita telah mengundang banyak implikasi buruk kepada para pengguna Internet terutamanya di kalangan remaja.
Virus:
· Penyebaran virus - merosakkan sistem, data, perisian,melumpuhkan rangkaian computer.
Hak cipta terpelihara
· Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah dari segi undang-undang hakcipta. Keizinan daripada pemiliknya adalah perlu

Perisian cetak rompak:
·                     Maklumat yang diperolehi yang tidak mendapat kebenaran pemilik asal untuk dibuat cetakan secara tulisan dan audio visual

PRINSIP ETIKA KOMPUTER
• Keseimbangan
• keizinan temaklum
• keadilan
• Meminimum-kan risiko
PANDUAN KEPADA PENGGUNA KOMPUTER ADALAH SEPERTI BERIKUT
1. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
2. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
3. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
4. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri.
5. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
6. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah
7. Tidak menggunakan sumber dari komputer orang lain tanpa kebenaran.
8. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
9. Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.
10. Gunakanlah komputer dengan timbang rasa dan hormat kepada manusia lain.

CARA MEMBUAT BROSUR MENGGUNAKAN MICROSOFT PUBLISHER
1. Bukakan Microsoft Publisher 2007.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiENVs4GL0TnJZwtmgpDBC4NiGq4bzgj5e6k-hfJTpbkaRz8JSb02PoiYXIEK5f6iFa3ea3T-x4N-CrbUMirqgs5aKuyvCdqnjaOpSnv1nvbHglf6OJtTOXd982dHiAYnW5X4gNYme4rYsm/s320/Picture1.png

. Setelah application sudah dibuka screen akan memaparkan gambar seperti berikut, kemudianpilih BROCHURE.
3. Langkah seterusnya pilih design yang anda minat( mengikut kesesuaian brosur).contoh design yang dipilih ialah Bubble


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjQqIuZPtZWnF3g79HT3Ha5wEN-Smuj7U2hylFwu7Cc02t3MGqdMPYsITDrjUNqVUuOjJZVxuY1e5WYIc39WS_TzN1ps18XK9EVNMHiXQQ836-gqUA8dheLHPLa5OGaHCQlLxfiqgma8FKZ/s320/Picture2.png
Padamkan gambar-gambar atau maklumat yang tidak diperlukan. Setelah itu letakkan pula logo atau gambar yang anda perlukan. Contoh gambar ialah Logo Syarikat


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi5ZTGJ-EbjbWIQh4_LNbVQvWT5UJmi92LlB7XGulzAn9bMP-CUlEYpiO0iRc4qa9zhCyVGLIIwwPIbIECxDrOHN120VvEijV8JXTOvEzIG5Jh2sjfUpx5EH-MlNW6FMzTWp-f5Ay4qJXJG/s320/Picture3.png

Setelah itu masukkan butiran seperti:
·                        Tajuk program yang akan diadakan
·                        Nama penaja
·                      Tarikh dan hari program akan diadakan
·                      Aktiviti yang akan dijalankan
·                      Matlamat program dan lain-lain butiran yang diperlukan



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEisDNbuGbbMJX_p0FAtyiy-EDM9j6D_G_hP26jAptsA387FkNlIUJc0PkhfB9rJgfr_alEnkZjyHZPsPLisAQHE-PilPLIIrirfFgc9vSKxggr96GIrx5dAtUHKhMXi5OdUe4-9D4HgAYMV/s320/Picture4.png

1. Proses seterusnya ialah proses untuk mencantikkan brosur anda.Ini bertujuan untuk menarik minat orang ramai untuk membaca brosur anda.
4.
5.
Anda mungkin juga meminati:








Pengenalan
Etika komputer umumnya adalah satu bidang yang berkaitan dengan penggunaan komputer yang betul (panduan). Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu atau kes yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat.

Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan internet
Garis panduan dan etika penggunaan internet telah dimuat turun dari enjin pencari maklumat di internet.

Objektif Kod Etika
i. Mengetahui masalah moral dan isu etika komputer
ii. Memahami prinsip etika komputer
iii. Memahami etika professional Teknologi Maklumat
iv. Mengetahui fungsi kod etika profesional
v. Keperluan etika komputer

Prinsip Kod Etika
i. Keseimbangan – kebaikan yang dibawa Teknologi Maklumat mestilah lebih baik daripada risiko dan keburukan
ii. Keizinan termaklum – Mereka yang menerima kesan teknologi maklumat mesti faham dan menerima risiko yang akan dihadapi
iii. Keadilan – Manfaat dan keburukan mestilah diterima oleh pengguna secara adil
iv. Meminimumkan risiko – TM mesti dilaksanakan dengan mengelak risiko yang tidak berkaitan dan diminimumkan agar manfaat yang diterima lebih daripada risiko


Rukun Etika
i. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
ii. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
iii. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
iv. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri
v. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
vi. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah (cetak rompak).
vii. Tidak menggunakan sumber daripada komputer orang lain tanpa kebenaran.
viii. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
ix. Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.

Kerangka Kod Profesional
i. Mengelakkan kemusnahan dan kemudaratan kepada sesiapa misalnya menyebarkan virus.
ii. Menyumbang kepada masyarakat seperti mereka bentuk produk baru yang memudahkan penggunaan berkomunikasi.
iii. Menghormati sesuatu yang dianggap rahsia dan tidak menyebarkannya.
iv. Bersikap adil dan tidak menindas.
v. Menghormati hak cipta orang lain.
vi. Menghormati hak kebersendirian orang lain

Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan internet dalam bentuk brosur dan Power Point

Brosur
Brosur ialah untuk sebagai media promosi. Brosur ini digunakan di mana untuk memberi tahu atau memujuk masyarakat untuk melibatkan diri dalam sesuatu bidang yang tertentu. Brosur juga dapat digunakan dalam dunia perniagaan dimana dapat menyampaikan maklumat atau jualan yang diadakan.

Power Point
Perisian Power Points atau keynote adalah perisian yang banyak digunakan terutama dalam persem bahan oleh bahagian korporat atau syarikat komersial,pembentangan kertas kerja dalam seminar atau persidangan, kuliah atau tutorial di institusi pengajian tinggi dan pengajaran dalam bilik darjah.
Pada masa ini, power points bukan sahaja mempunyai kelebihan untuk membuat persembahan pasif atau satu hala malahan mempunyai kelebihan untuk menjadikan persembahan lebih interaktif. Ini membawa maksud perkataan power point boleh berfungsi sebagai alat pengarang untuk mengatur cara dan membina bahan Instruksi Berbantu Komputer (IBK) yang berkesan.


Followers
Pembentangan Mingguan
·         Etika Penggunaan Internet
·         Simpulan Bahasa
·         Kata Bilangan
·         Kata Ganda
·         Modul UPSR BM
·         Bank Soalan



Tajuk 10 : Membina Bahan Video Dan Audio Untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
VIDEO
Format file yang biasa dan sedia ada bagi video ialah MPG, AVI dan MOV

MPG
Bermaksud Motion Pictures Expert  Group. Format yang digunakan adalah untuk penghasilan  VCD.
AVI (Audio Video Interleave )
Bermaksud Video for Windows. Ianya diperkenalkan oleh Microsft pada tahun  1992. AVI membolehkan audio dan video dimainkan secara serentak bagi sesebuah file video digital.
MOV
Merupakan format video untuk perisian  Quicktime. Telah dibangunkan oleh Apple Computer  Company.

Format file video yang lain juga adalah seperti MP4, 3GP, WMV, FLV dan SWF

AUDIO
Audio/ bunyi-bunyian, teknologi yang membolehkan sistem omputer mengeluarkan muzik, suara latar, kesan bunyi dan juga bunyian sebenar.
Berfungsi untuk membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan melalui penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa.
Membantu meningkatkan daya tarikan terhadap sesuatu persembahan dan juga menimbulkan suasana yang lebih menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin dipersembahkan.
Audio boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan dan tumpuan terhadap sesuatu isi persembahan
Kebiasaanya format file yang digunakan adalah seperti:

AIFF dan AIF/ (Audio Interchange File Format)
Format ini sering digunakan pada sistem komputer jenis machintosh, IBM dan yang serasi dengannya. Ianya boleh menyimpan sehingga 32 bit.
MP3 (MPEG-1 Audio Layer-3)
Merupakan satu format pemampatan data audio yang paling popular. Fail MP3 adalah bersaiz 1/10 daripada saiz asal audio tetapi mempunyai kualiti yang baik sehingga mencapai kualiti CD asal.
MID, MIDI, MFF (Musical Instrument Digital Interface)
Format yang boleh diterima pakai diseluruh  dunia bertujuan menyimpan audio dari jenis MIDI.
SND/Sound
Format fail yangtelah diperkenalkan oleh Apple dan hanya sesuai digunakan bagi audio yang bersaiz sehingga 8 bit.
WAVE/ WAV
Format fail yang paling meluas digunakan yang disokong oleh sistem operasi windows. Mampu menampung saiz dari 8 bit sehingga 16 bit.
SUN AUDIO/ AU
Boleh digunakan oleh komputer jenis stesyen kerja Sun Microsystem.merupakan format audio 16 bit.
MPEG (Moving Picture Experts Group)
Format file yang makin popular digunakan untuk tujuan penyaluran muzik  melalui talian internet. Kumpulan MPEG telah bekerjasama dengan Organization for Standardization (ISO) untuk membangunkan satu standard bagi pemampatan data audio dan video berbentuk digital bagi penggunaan seluruh dunia.


0 ulasan: