BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

29/06/12

Tanda Baca


TANDA BACA

Tanda baca ialah tanda yang digunakan dalam penulisan atau binaan ayat. Penggunaan tanda-tanda baca ini penting untuk menentukan maksud, menulis ayat, membina ayat, dan membaca ayat.

Perhatikan penerangan tentang penggunaan tanda-tanda baca di bawah ini.

Tanda Baca
Penggunaan
Contoh Penggunaan
Huruf besar
1. Menulis kata nama khas

2. Menulis pangkal kata 
    permulaan ayat.
3. Menulis pangkal kata 
    permulaan ayat cakap ajuk.
4. Menulis pangkal kata 
    permulaan selepas tanda 
    noktah.
1. Ibu Salmah bekerja di Kementerian Dalam
    Negeri.
2. Kereta bapa saya sentiasa kelihatan baharu 
   dan cantik.
3. Kata Aziz, “Hidung saya berdarah sejak 
    semalam.”
4. Jambatan itu sempit. Jambatan itu akan  
    dirobohkan tidak lama lagi.
Tanda noktah
( . )
1. Menulis kata singkatan.
2. Menandakan berakhirnya
   sesuatu ayat penyata.

1. T.N.B (Tenaga Nasional Berhad)
2. Kereta itu terbabas lalu melanggar 
    pembahagi jalan.
Tanda koma
( , )
1. Mengasingkan frasa dalam
    ayat.
2. Mengasingkan perkataan-
    perkataan yang sama dalam 
    ayat.
3. Menulis ayat cakap ajuk.
1. Oleh sebab terlalu marah, dia gagal 
    mengawal perasaannya.
2. Cengal, meranti, jati, dan nyatuh ialah 
    jenis kayu yang baik untuk dibuat perabot.

3. Kata Adi, “Poket baju saya terkoyak.”
Tanda soal
( ? )
1. Menandakan ayat tanya atau 
   ayat soal.
1. Siapakah gadis yang berbaju kurung itu?
2. Mereka tinggal di mana?
Tanda seru
( ! )
1. Menulis ayat seru.
1. Wah, besarnya buah labu itu!
2. Eh, Abu pun menyertai pertandingan 
    pidato itu!
Titik bertindih
( : )
1. Menyatakan perkara-perkara
dalam ayat.
1. Perkara yang berikut perlu ada dalam 
    borang permohonan itu:-
a) Alamat: …………………………..
b) Nombor telefon: ………………………..
c) Jawatan:
Tanda pembuka dan penutup kata
(“…….”)
1. Menulis ayat cakap ajuk.
1. Rumah ini terlalu kecil, kata Razak.
2.  Kata Samiah, Bajunya banyak butang.
Tanda sempang
( - )
1. Menulis kata ganda.
2. Menggabungkan huruf besar 
    dengan huruf kecil.
3. Menulis kata ganti nama diri 
    untuk Tuhan.
1. Mudah-mudahan
2. Pancaran-X

3. Hamba-Mu
Tanda koma bertindih
( ; )
1. Mengasingkan ayat-ayat yang
    panjang.
2. Menggantikan kata hubung 
    dalam ayat.
1. Dia harus mendapat pujian; dia rajin serta 
    bersopan.
2. Aida pelajar yang pintar; peramah 
    serta hormat kepada orang tua.

Simpulan Bahasa


SIMPULAN BAHASA

Simpulan bahasa merupakan bentuk peribahasa yang paling ringkas dan biasanya terdiri daripada dua patah perkataan. Simpulan bahasa digunakan untuk memperjelas maksud sesuatu pengucapan dengan membawa erti yang mendalam. Kandungan maksud simpulan bahasa berlainan daripada makna perkataan yang membentuknya.

A
ada hati                     :   ada kemahuan
air muka                    :   (a)   maruah diri
                                        (b)   rupa atau wajah seseorang
akal kancil                :   tipu daya yang licik untuk menyelamatkan diri
alas perut                  :   makanan yang dimakan sedikit supaya tidak lapar
ambil alih                  :   menggantikan orang atau pihak lain untuk mengendalikan sesuatu
ambil angin               :   bersiar-siar pada waktu petang
ambil kira                  :   membuat pertimbangan
anak angkat             :   anak orang lain yang diambil dan dijaga seperti anak sendiri
anak buah                :   orang yang termasuk dalam sesuatu keluarga atau kumpulan
anak bulan               :   bulan yang baru terbit
anak emas                :   anak yang amat dikasihi
anak kandung          :   anak sendiri
anak tangga             :   tempat berpijak pada tangga
anak tiri                     :   anak kepada suami atau isteri daripada perkahwinan yang terdahulu
anak yatim               :   anak yang kematian ayah atau ibunya
angkat bakul            :   orang yang suka memuji diri sendiri
angkat kaki              :   beredar dari sesuatu tempat
angkat mata             :   berani melawan atau menentang
ayam tambatan      :   orang yang menjadi harapan

B
bahasa kesat            :   kata-kata yang kasar untuk memalukan  dan menyakiti hati orang
bahasa pasar            :   bahasa yang dituturkan sehari-hari
bangkai bernyawa  :   orang yang tidak berguna; orang yang kurus dan tidak bertenaga
banyak lemak          :   perangai yang mengada-ada
banyak mulut          :   banyak bercakap
bawa ke tengah       :   membawa sesuatu hal kepada pihak tertentu untuk dibincangkan dan diambil tindakan
bawa nyawa             :   pergi dari sesuatu tempat untuk menyelamatkan diri
basuh mulut             :   makan buah-buahan selepas makan nasi
batu api                     :   orang yang suka menghasut orang lain supaya bergaduh
bau-bau bacang      :   hubungan persaudaraan yang jauh
bekas tangan            :   hasil usaha seseorang
berat hati                   :   enggan atau tidak rela membuat sesuatu
berat mulut               :   tidak suka banyak bercakap; pendiam
berat sebelah            :   tidak adil; memihak kepada satu pihak sahaja
berbuih mulut           :   tidak berhenti-henti dalam memperkatakan sesuatu
berbulan madu        :   pergi ke sesuatu tempat untuk bercuti selepas berkahwin
berbulu mata            :   benci atau tidak suka melihat sesuatu
berpaling tadah        :   mengkhianati pihak yang disokong
berpeluk tubuh         :   malas melakukan kerja
bersaksi ke lutut       :   menjadikan kaum kerabat sebagai saksi dalam sesuatu perbicaraan
besar kepala             :   orang yang menunjukkan degilnya
bintang terang          :   bertuah atau bernasib baik
bongkok sabut         :   bongkok sedikit
buah fikiran              :   pandangan atau pendapat
buah mulut               :   perkara yang menjadi percakapan orang lain
buah tangan             :   hadiah yang dibawa semasa menziarahi seseorang
buat duit                    :   bekerja dengan sungguh-sungguh untuk mencari wang
budak mentah         :   orang yang masih muda untuk membuat sesuatu pekerjaan
buka mata                :   (a)  timbul kesedaran
(b)     mendapat tahu tentang hal sebenarnya
buku tembelang       :   menceritakan rahsia seseorang
bulat hati                   :   bersungguh-sungguh dengan penuh semangat
bulat suara                :   sepakat dalam sesuatu hal
bunga api                  :   punca-punca pergaduhan
buruk makan           :   makan secara gelojoh
buta huruf                 :   tidak tahu membaca atau menulis
buta tuli                     :   melakukan sesuatu secara melulu atau tanpa berfikir terlebih dahulu

C
cahaya mata            :   anak
cakap angin              :   berbual-bual dengan tidak ada tujuan
cakar ayam              :   tulisan yang sangat buruk dan sukar dibaca
campur tangan        :   turut serta dalam urusan orang lain
cangkul angin           :   melakukan sesuatu yang tidak berfaedah
cari mati                    :   sengaja mencari bahaya
cepat tangan            :   suka mencuri
cicak kubin               :   sangat kurus
cuci tangan               :   enggan bertanggungjawab dalam sesuatu hal
cukup bulan             :   (a)   genap waktunya perempuan mengandung akan bersalin
                                        (b)   hujung bulan
cukup umur              :   dewasa
curi tulang                 :   suka mengelak daripada membuat kerja

D
dada terbuka            :   sedia mendengar pendapat orang lain
daki dunia                 :   harta yang tidak dapat dibawa bersama apabila mati
dalam genggaman  :   berada dalam kekuasaan seseorang atau sesuatu
dalam kepala           :   tahu atau ingat akan sesuatu
dalam tangan           :   sudah pasti akan diperoleh
dapat hati                 :   jadi berani
dapat terpijak          :   memperoleh sesuatu dengan mudah
darah daging            :   (a)   sesuatu yang biasa dilakukan
(b)     anak/kaum keluarga sendiri
darah gemuruh        :   mudah gugup dan hilang pertimbangan
darah muda              :   semangat atau perasaan orang muda
darah panas             :   cepat marah
darah putih               :   berketurunan orang bangsawan
datang akal              :   mendapat idea
datang bulan            :   masa tibanya haid bagi perempuan
demam puyuh         :   pura-pura demam
diam membatu        :   tidak berkata apa-apa
diam-diam ubi         :   orang yang pendiam tetapi banyak pengetahuannya
dingin hati                 :   (a)   tidak gembira
(b)     tidak berminat
dingin kepala            :   berfikiran tenang dan tidak terburu-buru
dua hati                     :   berasa bimbang dan waswas
dua sejoli                   :   sepasang kekasih yang sangat rapat
duit kopi                    :   wang yang diberikan kepada seseorang dalam usaha mendapatkan sesuatu
durian runtuh           :   mendapat keuntungan yang tidak disangka-sangka


E
ekor mata                 :   jelingan mata
emak angkat            :   wanita yang dijadikan seperti emak sendiri
emak tiri                    :   wanita (yang bukan emak sendiri) yang menjadi isteri bapa
enak hati                   :   gembira        

F
fasih lidah                 :   pandai berkata-kata atau lancar bercakap
fikir dua kali             :   (a)   berfikir dengan teliti
                                        (b)   memikirkan sesuatu perkara semula
fikiran buntu            :   tidak dapat menyelesaikan sesuatu kerana tiada idea
fikiran sempit           :   tidak bijaksana
fikiran tajam            ;   cepat memahami sesuatu
fikiran terbuka         :   sanggup mendengar atau mempertimbangkan sebarang cadangan, pembaharuan, dan sebagainya

G                                
gadai nyawa             :   sanggup mati
gaji buta                    :   gaji yang diterima tanpa bekerja keras
ganti rugi                   :   bayaran atau benda yang dikenakan atas kerugian yang dialami
ganti tikar                  :   berkahwin dengan saudara isteri setelah isteri mati
gatal mulut               :   gemar bercerita tentang keburukan orang lain
gelak sumbing          :   gelak yang dibuat-buat
gelap fikiran             :   tidak dapat berfikir lantaran terlalu marah
gelap hati                  :   sukar mengikuti pelajaran
gelap mata                :   (a)   lupa akan diri kerana terpengaruh oleh wang dan harta
(b)     sukar mengikuti pelajaran
geli hati                      :   berasa hendak tertawa
gigit bibir                    :   berasa marah
gigit jari                      :   berasa kecewa
gigit lidah                   :   (a)   tidak malu
(b)     tidak menghiraukan kecaman orang
gila bahasa               :   kurang waras
gila bayang               :   mencintai seseorang yang tidak tahu bahawa dirinya dicintai
golok gadai               :   sanggup berhabis-habisan dalam melakukan sesuatu
goyang kaki              :   bersenang-senang tanpa perlu bekerja
gulung tikar               :   menutup perniagaan kerana mengalami kerugian

                                   
H
habis akal                 :   bingung dan tidak tahu hal yang perlu dilakukan lagi
habis modal              :   tidak ada idea lagi
halwa telinga            :   sesuatu yang sedap didengar
hancur hati               :   terlalu sedih
hangat hati               :   sangat marah
hangat kuku             :   tidak begitu panas; suam-suam
hanyut fikiran          :   tidak waras lagi
harga diri                   :   maruah atau nama baik
harga mati/tetap      :   harga yang tidak dapat ditawar lagi
harga pokok             :   harga asal sesuatu barang
hari besar                  :   hari yang dirayakan bagi memperingati sesuatu peristiwa
hari depan/muka     :   masa yang akan datang
hasil tangan              :   sesuatu yang dicipta oleh seseorang
hati ayam                 :   penakut atau pengecut
hati batu                    :   (a)   degil
(b)     tidak memiliki perasaan belas kasihan
hati berbulu              :   marah dan suka mendengki
hati budi                    :   perangai/sifat
hati busuk                 :   jahat dan dengki
hati jernih                  :   ikhlas
hati kecil                    :   perasaan hati yang sebenarnya
hati perut                   :   bertimbang rasa
hati terbuka              :   sudi menerima sesuatu
hati tikus                   :   penakut; pengecut
hati waja                   :   tidak mudah berasa kecewa
hentam kromo         :   melakukan sesuatu dengan sesuka hati tanpa berfikir dahulu
hidung belang           :   lelaki yang suka mengganggu perempuan
hidung tinggi             :   sombong
hilang akal                :   (a)   tidak sedarkan diri atau pengsan
(b)     gila
hilang harapan         :   hampa atau kecewa
hilang semangat      :   tersentak kerana terperanjat
hisap darah               :   mengambil keuntungan yang berlebih-lebihan
hitam putih               :   perjanjian yang dibuat secara bertulis
hujan panas             :   hujan ketika hari panas
hujung dunia            :   sangat jauh
hutang budi              :   kebaikan yang diperoleh dan wajar dibalas
hutang darah            :   tuntutan bela terhadap seseorang atau sesuatu pihak
hutang lapuk            :   hutang yang sudah lama tidak dilunaskan


I                                 
ibu angkat                 :   wanita yang dijadikan seperti emak sendiri
ibu ayam                   :   wanita yang memperniagakan pelacur
ibu kandung             :   ibu sendiri
ibu kota                     :   bandar pusat pemerintahan sesebuah negara
ibu keladi                  :   (a)   orang tua yang berkelakuan seperti orang muda
(b)     ibu yang beranak banyak
ibu pertiwi                 :   negara tempat tumpah darah
ikal mayang             :   berikal-ikal
ikat janji                    :   membuat persetujuan
ikat perut                   :   mengurangkan makan kerana hendak berjimat
ikut angin                  :   mengikut pendapat orang ramai
ikut jejak                   :   meniru perbuatan/amalan orang yang terdahulu
ikut telunjuk             :   akur akan perintah orang lain
iri hati                         :   cemburu
isi dada                      :   (a)   perasaan yang terkandung dalam hati
(b)     kepandaian atau ilmu yang dimiliki
itik bertaji                  :   pengecut tetapi bercakap besar
                                   
J
jadi abu                     :   musnah atau rosak sama sekali
jadi alat                     :   bekerja demi kepentingan orang lain tetapi hasilnya tidak dikongsi bersama
jadi kaki                    :   wakil pihak-pihak tertentu
jadi landasan           :   orang yang dijadikan alat oleh orang lain demi kepentingan mereka
jadi umang-umang :   menumpang hidup pada orang lain
jaga diri                     :   memelihara tingkah laku dan adab sopan
jaga hati                    :   memelihara perasaan orang lain
jahat mulut               :   orang yang gemar mengumpat atau mengatai orang lain
jalan belakang         :   tidak mengikut peraturan yang ditetapkan
jalan buntu               :   gagal mencapai kesepakatan dalam sesuatu hal
jalan dahulu             :   mati
jalan keluar              :   penyelesaian untuk sesuatu masalah
jalan mati                 :   (a)   jalan yang tidak ada jalan keluar
(b)     jalan yang tidak digunakan lagi
jalan pintas               :   jalan yang terdekat
jalan tengah             :   tidak memihak kepada sesiapa atau mana-mana pihak
janda berhias           :   janda yang masih perawan
jantung hati              :   kekasih
jatuh air muka         :   mendapat malu
jatuh hati                  :   suka atau cinta akan seseorang
jauh hati                    :   merajuk
jejak langkah           :   mencontoh perbuatan/amalan orang yang terdahulu
jinak-jinak lalat       :   pergaulan yang tidak begitu mesra
jinak-jinak merpati :   perempuan yang mesra tetapi sukar dipikat
jiwa besar                  :   bercita-cita tinggi dan berusaha untuk mencapainya
jolok mata                :   (a)   sangat jelas kelihatan
(b)     menyakiti hati
jual diri                      :   menjadi pelacur
jual mahal                :   tidak mudah atau tidak segera menerima atau menyetujui sesuatu
jual minyak              :   lelaki yang suka memikat perempuan
jual murah                :   mudah atau lekas menerima atau menyetujui sesuatu


K                                
kacang hantu           :   seseorang yang jahat/nakal
kaki ampu                :   memuji-muji seseorang dengan harapan mendapat imbuhan
kaki ayam                :   tidak memakai kasut
kaki bangku             :   tidak tahu bermain bola sepak
kaki bodek                :   memuji-muji seseorang dengan harapan mendapat imbuhan
kaki botol                  :   orang yang ketagih minuman keras
kaki langit                 :   bahagian langit yang kelihatan seperti bercantum dengan bumi
kaki lima                   :   lantai hadapan bangunan kedai yang menjadi tempat orang lalu-lalang
kaki temberang        :   orang yang banyak berbohong
kambing hitam        :   orang yang dipersalahkan dalam sesuatu kejadian
kambing keramat    :   orang yang ditakuti dan bebas berbuat sekehendak hatinya
karat hati                  :   menyimpan niat yang tidak baik
kata dua                    :   amaran terakhir yang mesti diikuti
kata hati                    :   perasaan yang timbul dalam hati
kata putus                 :   keputusan sesuatu rundingan
kecil hati                    :   merajuk atau berasa tersinggung
kecut hati                  :   takut
kena tangan             :   ditampar oleh orang
kepala angin             :   berperangai luar biasa
kepala batu              :   degil
kepala dingin            :   tenang dan sabar
kepala udang           :   bodoh
kepiting batu            :   kedekut
kera sumbang          :   tidak suka bergaul dengan orang lain
keramat hidup         :   orang yang berperangai mulia
kerang busuk            :   tersengih-sengih dengan tidak menentu
keras hati                  :   (a)   cekal; tidak mudah putus asa
(b)     degil
keras hidung             :   menurut sesuka hati
keras kepala             :   degil
keras lidah                :   susah hendak menyebut sesuatu dengan baik
keras mulut               :   tidak mahu dan tidak mudah kalah dalam pertengkaran
keras tulang              :   kuat bekerja
kering darah             :   tersirap darah kerana terlalu terkejut
kering hati                 :   langsung tidak mempunyai perasaan belas kasihan
kerja tangan             :   hasil pertukangan tangan
ketam batu               :   kedekut
khabar angin            :   khabar yang tidak tentu benar salahnya
kucing bertanduk    :   perkara yang mustahil berlaku
kucing kurap            :   orang yang dipandang hina
kuku besi                   :   pemerintahan yang kejam/zalim
kurang ajar               :   tidak bersopan atau tidak bertatasusila
kutu embun              :   merayau-rayau pada malam hari tanpa hala tuju
kutu jalan                 :   suka duduk di tepi jalan tanpa tujuan

L
lampu hijau              :   kebenaran untuk melakukan sesuatu
lancang mulut          :   (a)   gemar mengeluarkan kata-kata yang menyakiti hati
(b)     gemar membuka rahsia orang lain
langkah baik            :   permulaan yang baik
langkah bendul        :   gadis yang lebih dahulu bernikah daripada kakaknya
langkah kanan         :   bernasib baik
langkah kiri               :   tidak bernasib baik
langkah seribu          :   melarikan diri dari sesuatu tempat dengan tergesa-gesa
langkah sumbang    :   tersilap langkah dalam persilatan
langkah surut           :   berundur
lapang dada             :   (a)   sabar
(b)     berasa tenang hati
lapang hati                :   berasa tenang hati
lapang perut             :   selalu hendak makan
lapik perut                 :   makan sedikit untuk menahan lapar
lari-lari anak             :   berjalan dengan pantas seperti hendak berlari
laut api                      :   kebakaran yang besar
Lebai Malang           :   bernasib malang
lemah hati                 :   tidak tabah dan tidak tegas
lemah semangat      :   lekas kecewa
lembik tulang           :   tidak cergas
lena ayam                 :   belum nyenyak lagi
lengah mata             :   tidak hati-hati
lepas angin                :   sia-sia belaka
lepas ayam               :   boleh berbuat sesuka hati
lepas cakap              :   (a)   terlanjur kata
                                        (b)   suka mengatai orang
lepas diri                    :   (a)   tidak melibatkan diri dalam sesuatu hal
(b)     tidak mahu bertanggungjawab atau mengambil tahu tentang sesuatu hal
lepas geram              :   melakukan sesuatu bagi menghilangkan rasa marah
lepas tangan             :   tidak mahu bertanggungjawab terhadap sesuatu hal yang telah dilakukan
lidah bercabang       :   berdolak-dalik dalam percakapan
lidah biawak             :   berdolak-dalik dalam percakapan
lidah pendeta           :   kata-kata daripada orang yang bijaksana yang dalam maksudnya
lintah darat               :   orang yang mengenakan kadar bunga tinggi atas pinjaman wang yang diberikan
lipas kudung             :   pantas lagi cekap membuat kerja
loyar buruk               :   pandai bercerita atau temberang
luar biasa                  :   ganjil
luar dugaan              :   tidak disangka-sangka
lupa daratan             :   (a)   tidak mengenal asal usul setelah beroleh kesenangan
                                        (b)   tidak mengenang budi orang

M
makan angkat         :   suka dipuji
makan darah           :   mengambil keuntungan berlipat ganda dalam perniagaan
makan diri                :   perbuatan seseorang yang merosakkan dirinya sendiri
makan garam          :   orang yang mempunyai banyak pengalaman hidup
makan suap             :   perbuatan mengambil rasuah
makan tanggung     :   sara hidup ditanggung oleh orang lain
makan tidur              :   malas bekerja atau tidak ada pekerjaan
malu kucing              :   berpura-pura malu di hadapan orang ramai
mandi kerbau           :   mandi yang tidak bersih
mandi peluh             :   bekerja kuat
masin lidah               :   apa-apa yang dikatakan benar-benar terjadi
masuk akal               :   pendapat atau saranan yang dapat diterima
masuk angin             :   sakit perut kerana terlalu sejuk
masuk tangan          :   mencampuri hal orang lain
Mat Jenin                  :   suka berangan-angan kosong
mata duitan              :   mementingkan wang sahaja
mata pencarian       :   pekerjaan seseorang
mati celik                  :   orang mati yang hajat dan cita-citanya belum tercapai
mati katak                :   mati dengan cara yang sia-sia
membabi buta         :   melakukan sesuatu secara melulu atau tanpa berfikir terlebih dahulu
membawa hati         :   merantau kerana kecewa
mencolek hati          :   perbuatan yang menggelikan hati
mencuit hati             :   membuat orang tertawa
menjolok mata        :   sesuatu yang tidak manis dipandang
mengikut telunjuk   :   menurut kemahuan orang lain sahaja tanpa membantah
menongkat langit    :   umur panjang
minta nyawa            :   minta supaya jangan dibunuh atau diseksa
muka bantal             :   tidak segan dan malu
muka pintu               :   ruang di hadapan pintu
muka tebal               :   tidak tahu malu
mulut murai              :   suka bercakap-cakap dengan tidak terhenti-henti
mulut tempayan      :   tidak dapat menyimpan rahsia

N
naik angin                 :   tidak dapat mengawal diri kerana terlalu marah
naik darah                :   menjadi marah
naik kepala               :   perangai yang mengada-ada
naik minyak             :   menjadi marah
nama baik                :   maruah; kehormatan diri
neraka dunia            :   kehidupan yang penuh dengan kesusahan
nyawa-nyawa ikan :   hampir-hampir mati
nyiur setandan         :   anggota dalam sesuatu keluarga yang tidak sama perangainya


O
orang rumah             :   isteri
otak cair                    :   pandai; bijak
otak udang               :   terlalu bodoh

P
paku Belanda          :   harga tetap dan tidak boleh ditawar-tawar lagi
panas hati                 :   menjadi marah
panjang tangan       :   suka mencuri
pasang telinga          :   mendengar sesuatu secara sembunyi-bunyi atau dengan teliti
pasar gelap               :   berniaga barang secara haram
patah hati                 :   kecewa atas kegagalan dalam sesuatu hal
pejam mata              :   tidak mahu ambil tahu hal orang lain
pekak badak            :   benar-benar pekak
perang mulut            :   pertengkaran dengan mengeluarkan kata-kata kesat
potong jalan             :   mengambil peluang orang lain
pukul curi                  :   memukul orang dari belakang
putih mata                :   kecewa kerana tidak mendapat sesuatu yang dihajati
putih tulang              :   berani dan sanggup berkorban nyawa demi mempertahankan negara

Q
Quran buruk             :   orang yang tidak dihormati lagi walaupun pernah berjasa

R
raja sehari                 :   pengantin
rambang mata         :   sukar hendak membuat pilihan
rasa hati                    :   perasaan seseorang
ringan tangan           :   suka mencuri
ringan tulang            :   rajin

S
salah bantal              :   leher berasa sakit selepas tidur
salah bawa               :   tidak pandai mentadbirkan sesuatu
salah faham             :   tidak mengerti hal yang sebenarnya
sampai hajat            :   hajat hati yang tercapai
sampai hati               :   tanpa belas kasihan semasa melaksanakan sesuatu
sehelai sepinggang   :   tidak mempunyai harta lain melainkan pakaian yang dipakai sahaja
sejuk hati                  :   telah hilang perasaan marah
sekangkang kera     :   keluasan kawasan yang tidak seberapa
senang hati               :   gembira kerana memperoleh sesuatu
senyum simpul         :   (a)   senyum kerana gembira atau geli hati
                                        (b)   tersenyum dengan gay ayang menarik
serkap jarang           :   menuduh seseorang tanpa usul periksa
setengah masak       :   fikiran yang kurang matang

T
tabah hati                 :   kuat semangat
tahan hati                 :   cekal
tahan lasak               :   kuat dan cekap membuat sesuatu kerja
tahi judi                     :   suka berjudi
tahi lalat                    :   bintik/tompok hitam pada kulit manusia
tahi minyak              :   sangat cerewet
tajam akal                :   cepat memahami sesuatu
tajam hati                 :   mudah memahami sesuatu
tak kering gusi          :   tidak putus-putus tertawa kerana sesuatu yang menggelikan hati
tali arus                      :   banyak sekali; tidak putus-putus (orang lalu-lalang dsb)
tali barut                    :   orang yang menjadi suruhan pihak tertentu dalam mendapatkan rahsia
tanda mata               :   hadiah yang menjadi kenang-kenangan
tangan terbuka        :   (a)   suka menerima sesuatu
                                        (b)   suka berderma atau memberikan bantuan
tangkai hati              :   (a)   orang yang dikasihi
(b)     kekasih
tangkai jering           :   kedekut
tangkap angin          :   kerja yang sia-sia
tangkap basah         :   ditangkap ketika lelaki dan perempuan Islam yang bukan suami isteri sedang berdua-duaan di tempat yang terpencil atau tersembunyi
tangkap buta            :   menangkap orang tanpa soal siasat
tangkap maut          :   melakukan sesuatu pekerjaan tanpa menelitinya terlebih dahulu