AYAT CAKAP AJUK DAN AYAT CAKAP PINDAH
Ayat Cakap Ajuk
Ayat cakap ajuk ialah ayat daripada
percakapan seseorang yang disalin atau ditiru semula secara bulat-bulat seperti
yang diucapkan tanpa mengubah maksudnya. Ayat cakap ajuk ini ditandai dengan
tanda petik (“……….”).
Ayat Cakap Pindah
Ayat cakap pindah ialah ayat daripada
percakapan seseorang yang ditulis atau disalin dengan gaya bahasa kita sendiri tanpa mengubah
maksudnya.
Perhatikan contoh ayat cakap ajuk dan ayat cakap
pindah di bawah ini.
Ayat Cakap Ajuk
|
Ayat Cakap Pindah
|
1.
“Saya amat meminati penyanyi Siti
Nurhaliza,” kata Mahyun.
|
1. Maimun
berkata bahawa dia amat meminati
penyanyi Siti Nurhaliza.
|
2. “Mengapakah dahi kamu benjol?” tanya
Ramlan kepada adiknya.
|
2. Ramlan bertanya kepada adiknya sebab
kepalanya
benjol.
|
3. Kata Faiz, “Jangan hampiri perigi buta itu,
Kamil.”
|
3. Faiz
melarang Kamil daripada menghampiri
perigi
buta itu.
|
4. “Wah, cantiknya bunga ros ini!” kata Mary.
|
4. Dengan rasa kagum Mary berkata bahawa
bunga ros itu cantik.
|
·
Apabila hendak menukarkan ayat cakap ajuk
kepada ayat cakap pindah dan begitu juga sebalik, beberapa perkara perlu diubah
terutama kata ganti nama, masa, kata keterangan, kata ganti nama tunjuk, dan
kata kata ganti nama tempat.
Perhatikan perubahan di
bawah ini.
Perkara
|
Ayat Cakap Ajuk
|
Ayat Cakap Pindah
|
Kata ganti nama diri
pertama
|
aku, saya, hamba
patik
beta
kami, kita
|
dia, ia, nya
baginda
mereka
|
Kata ganti nama diri
kedua
|
anda, awak, kamu
engkau
anda sekalian
kamu semua
|
saya, dia, nya
kami, kita
|
Kata ganti nama diri
ketiga
|
dia
beliau
mereka
|
dia
beliau
mereka
|
Kata ganti nama tunjuk
|
ini
|
itu
|
Kata ganti nama tempat
|
sini
|
|
Kata keterangan cara
|
begini
demikian ini
|
begitu
demikian itu
|
Kata keterangan masa
|
sekarang
tadi
malam tadi
semalam
hari ini
esok
|
masa itu, ketika itu
tadinya itu
malam lepas
hari semalamnya
hari itu
esoknya, keesokan harinya
|
0 ulasan:
Catat Ulasan